Semak Kelayakan Anda
Sila isi nombor kad pengenalan untuk menyemak samada anda telah pun layak untuk menerima manfaat KAD SEJAHTERA TERENGGANU.

PENGENALAN PROGRAM KAD SEJAHTERA TERENGGANU

Kerajaan Negeri Terengganu telah menjanjikan pelaksanaan Kad Sejahtera bernilai RM500 kepada 20,000 keluarga miskin bagi keperluan rawatan kesihatan asas.

Kad Sejahtera merupakan sebuah program kebajikan kesihatan yang dikhususkan bagi golongan yang kurang berkemampuan (Golongan B40).

Penerima bantuan ini bolehlah mendapat rawatan kesihatan asas di klinik-klinik panel yang berdaftar secara tanpa tunai (cashless).